Tuesday, May 28, 2013

STABLE STEAK HOUSE KG BARU




Pada minggu yang lalu,saya dan kawan bercadang untuk makan malam di Stable Steak House kampung baru,lagipun sudah lama saya tidak makan disitu,alangkah terkejutnya saya kerana keadaan restauran itu sudah bertambah luas dan besar(cantik !)






Luas dan cantik kan? hemmm , (thumbs up!)

Sy dan kawan duduk di meja,terus waitress dtg untuk ambil order..layanan waitress juga sgt mesra..Ketika kami duduk menunggu order smbil makan bun dan plain water yg dh dihantar(cepat),kami melihat suasana restauran yang begitu unik.Kami dikelilingi dengan potret2 kuda yang menarik dan barangan yang berkaitan dengan kuda dihiaskan di persekitaran..tidak jemu kami meneliti potret-potret tersebut..








Sedang kami asyik berbual,makanan pun tiba..hehe kami bertiga order menu yang berbeza..Epul( Lamb Chop),Aqif(Salmon Steak) dan sy (Chicken Black Papper).kami terus menikmati makanan masing-masing.Makanan bukan sahaja kelihatan cantik tetapi sedapp ! 




Habis makan kami duduk berborak sambil menghabiskan minuman kami.Kami sangat selesa dengan layanan ,makanan dan persekitaran yang agak privasi walaupun kelihatannya seperti mereka mmpunyai masalah sedikit dengan parking kereta..walaupun begitu pelanggan tidak putus2 datang untuk menikmati makanan disini..kami bertuah kerana dapat bertemu dan berkenalan dengan owner restauran tersebut.beliau sangat ramah dan mesra orgnya.sempat kami berborak berkongsi pengalaman walaupun seketika shj  kerana kawan sy ada temu janji selepas mkn..

Selesai kami membuat bayaran kamipun beredar dengan rasa puas hati walaupun harganya mahal sedikit jika nak dibandingkan dgn tmpat lain.Tetapi bg sy,harganya adalah berpatutan dengan service yg mereka berikan serta kualiti makanan juga dijaga .. 


Sy menyesal kerana tidak membawa kamera,gambar yg diambil dgn fon kurang jelas(maklumlah fon biase je)..jika tidak,pasti bnyk gmbar yg dapat sy uploadkan lagii..ketika sy online di facebook sy cuba cari page restauran tersebut,jd sy bercadang untuk menulis cerita mengenai restauran tersebut dgn menggunakan gmbar dari page itu..tiada perbezaan daripada gambar yg ditunjukkn! actually the same..

anda patut cubaa makan di Stable Steak House Kg Baru !! :)


Sumber gambar : https://www.facebook.com/stable.steakhouse